Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMenteri Kesihatan tiada kaitan dengan KJSB

Menteri Kesihatan tiada kaitan dengan KJSB

Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri Kesihatan menegaskan tuduhan terhadap Dato’ Seri Dr Adham Baba yang dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB) sehingga mendapat kontrak secara Perolehan Darurat bagi pelaksanaan “Lab Mitigation Solution For COVID-19” adalah tidak benar sama sekali, berniat jahat dan bersifat ‘character assassination’.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Menteri Kesihatan tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau para pemegang saham syarikat terbabit.

Kenyataan Akhbar Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia Berhubung dakwaan YB Menteri Kesihatan Mempunyai Kaitan Dengan Syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 11 Mei 2020

Mereka juga turut menegaskan menteri terbabit tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai kementerian agar meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.

Malahan kesemua urusan pembelian dan perolehan oleh Kementerian Kesihatan Malayaia sepanjang perang menentang COVID-19 ini dilakukan mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan para pegawai yang bertanggungjawab.

“Sebuah NGO membuat provokasi umum kemungkinan YB Menteri mempunyai kepentingan perniagaan dalam KJSB berdasarkan kedudukan Iskandar Mirza Ahmad pernah menjadi pengarah syarikat South Asia Noble Sdn Bhd (SANSB), SANSB mempunyai kaitan dengan pemilik KJSB.

“Dakwaan tersebut jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk rakyat terhadap YB Menteri kerana Iskandar Miza telah lama meninggalkan SANSB.

” Dengan menggunakan fakta Iskandar Mirza sebagai bekas pekerja (Pengarah SANSB) bagi mengaitkan YB Menteri dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan syarikat lain, ianya adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal”, ujar pihak kementerian berkenaan.

Untuk rekod, Iskandar Mirza telah menyertai SANSB sejak 18 Julai 2007 hingga 30 Januari 2015, sementara Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui menyertai SANSB bermula 30 Januari 2015.

Namun begitu, Menteri Kesihatan turut mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang berjalan dan beliau turut bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments