Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATidak perlu gusar dengan peningkatan kes baharu, pendekatan tertumpu beri impak positif

Tidak perlu gusar dengan peningkatan kes baharu, pendekatan tertumpu beri impak positif

Aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) telah menunjukkan hasil dan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 10 Mei lalu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar antaranya :

1. Peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka

2. Pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling

3. Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin

4. Anggota kesihatan KKM

5. Penduduk di lokaliti-lokaliti PKPD

6. Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang berkait rapat dengan PBKL

7. Pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah

8. Rumah jagaan warga emas.

AKTIVITI PENDEKATAN TERTUMPU (TARGETED APPROACH) MENUNJUKKAN HASIL POSITIFTelah menunjukkan impak yang positif dalam…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 10 Mei 2020

KKM juga menyatakan masyarakat tidak perlu khuatir dengan peningkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh kerajaan.

Ini kerana, aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa telah menunjukkan keberkesanan.

Bagi kes-kes yang dikesan ini sememangnya telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus menular di kalangan masyarakat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments