Memetik mengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, pembukaan beberapa sektor-sektor ekonomi termasuk sektor awam akan bermula pada 4 Mei 2020 (Isnin) .
Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan satu kenyataan media berhubung norma baharu budaya kerja perkhidmatan awam.
NORMA BAHARU BUDAYA KERJA PERKHIDMATAN…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 01 Mei 2020
“Oleh yang demikian, ketua-ketua jabatan perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif dan efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan penjawat awam sepertimana yang digariskan di dalam SOP,” ujar beliau.
Antaranya SOP yang telah ditetapkan adalah :
1. Keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu
2. Penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu anjal terutamanya bagi mereka yang mempunyai kesulitan bagi penjagaan anak-anak di rumah
3. Mesyuarat digalakkan diadakan secara maya melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan
Tambah beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan dalam masa terdekat seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.
Elemen protokol kesihatan dan keselamatan di pejabat haruslah mematuhi penjarakkan sosial serta arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply