Semua bantuan makanan atau barangan keperluan perlu dihantar ke setiap pusat operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Kerajaan telah memutuskan sama ada pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana individu yang ingin menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan PKPD hendaklah menghantar barangan terbabit ke pusat-pusat operasi yang dibuka.
Langkah ini supaya pengagihan makanan dan barangan dapat dilakukan secara sama rata kepada semua penduduk di PKPD oleh petugas-petugas barisan hadapan.
Selain itu, dengan pengumpulan barangan di pusat operasi ia memudahkan tugasan petugas barisan hadapan memantau pengagihan agar setiap penghuni tidak tercicir menerima bantuan.
PKP : BANTUAN MAKANAN, BARANGAN DI KAWASAN PKPD PERLU DIHANTAR KE PUSAT OPERASI UNTUK DIEDAR OLEH PETUGAS BARISAN…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 30 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply