Saturday, June 22, 2024
HomeBERITA3,194 penuntut IPT dijadualkan pulang hari ini

3,194 penuntut IPT dijadualkan pulang hari ini

Hari ini seramai 3,194 pelajar dijadualkan dalam penghantaran pulang yang melibatkan intra zon iaitu di dalam zon timur, perak, selatan dan Sarawak.

Di zon timur melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan melibatkan 1,029 pelajar akan dihantar pulang pada jam 9.00 malam ini.

Kira-kira 80 buah bas dan 73 kenderaan persendirian dijangka bertolak dari 23 pusat pelepasan ke 31 destinasi yang telah ditetapkan.

Manakala zon perak, sejumlah 25 buah bas digunakan untuk menampung 519 pelajar dihantar pulang ke zon perak jam 9.00 pagi tadi dan dijangka tiba pada pukul 5.00 petang ini.

Di zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Melaka seramai 1,366 pelajar akan terlibat dalam proses penghantaran pulang yang melibatkan 76 buah bas dan mereka akan bergerak jam 9.00 malam nanti.

Seramai 280 pelajar zon Sarawak juga telah berlepas pulang jam 9.00 pagi tadi melibatkan 25 buah bas dan proses penghantaran dijangka selesai jam 9.00 malam.

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (30 April 2020)#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Kamis, 30 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments