Pelakon lagenda Bollywood yang popular sekitar tahun 70-an, Rishi Kapoor dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Mumbai, India.
Menurut sumber MDTV, beliau yang menghidap penyakit kanser sejak beberapa tahun lalu telah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Beberapa rakan dan kenalan artis turut berkongsi khabar duka berkenaan di laman media sosial masing-masing.
Antara rakan artis yang menzahirkan kesedihan pemergian hero kacak yang sering membawa watak romantik, aktres @Rani Mukerji dan pelakon seangkatannya, Amitabh Bachchan.
Rishi Kapoor yang terkenal dengan filem kutipan pecah panggung, Bobby yang diterbitkan sekitar tahun 1973 meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Perginya seorang lagenda seni hindustan.
Rest in peace.
Wish this was a nightmare, Rishi Kapoor passes away… Prayers to the family. RIP
Dikirim oleh Rani Mukerji – Queen of Hearts pada Rabu, 29 April 2020
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply