94 kes positif baharu direkodkan dalam negara pada hari ini (29 April).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.
Manakala, jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 55 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 4,087 kes (68.75%).
Setakat ini, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 40 orang dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kes kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kekal setakat 100 kes (1.68%)
Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran dua ahli keluarga dibenarkan keluar bersama jika berkeperluan dan beberapa sektor untuk kembali beroperasi, ini tidak bermakna rakyat boleh mengambil kesempatan ke atas Perintah Kawalan Pergerakan.
Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama kekal patuh kepada arahan pihak berkuasa demi membendung seterusnya memutuskan rantaian virus pandemik ini.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 29 April 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 94…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 29 April 2020

Leave a Reply