Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPKP tahap empat, Malaysia memasuki fasa pemulihan

PKP tahap empat, Malaysia memasuki fasa pemulihan

Sedar tak sedar, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa keempat menyaksikan negara berada dalam fasa pemulihan COVID-19.

Dengan keluk pandemik yang berjaya diratakan serta peningkatan kes pulih COVID-19, keberkesanan pelaksanaan tiga tahap PKP sebelum ini secara beransur-ansur dapat dilihat dari hasil tindakan proaktif dan agresif kerajaan membendung penularan pandemik terbabit.

Malah ia turut dapat dibuktikan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak PKP dilaksana pada 18 Mac lalu iaitu 31 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Nor Hisham Abdullah berkata, sektor ekonomi digalakkan kembali berfungsi seperti biasa kerana negara kini memasuki fasa pemulihan namun ia perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) KKM.

Walaupun negara menunjukkan kejayaan dan pencapaian positif dalam mengawal penularan COVID-19, ini tidak bermakna rakyat boleh merasa selesa dengan tidak mematuhi PKP.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengingatkan bahawa perjuangan negara menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum berakhir, justeru teruslah duduk di rumah dan patuhi PKP.

PKP TAHAP 4 : FASA PEMULIHANDengan keluk pandemik yang berjaya diratakan, keberkesanaan pelaksanaan tiga fasa PKP…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 28 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments