Gosip hangat melanda dunia hiburan Indonesia apabila ada desas desus mengatakan penyanyi dan pelakon jelita Bunga Citra Lestari sedang hangat bercinta dengan penyanyi kumpuan NOAH, Ariel.
Sejauh manakah kebenaran perkhabaran ini?
Menerusi laman media sosial Instagram @truelovebclashraf, pihak berkenaan menafikan gosip yang sedang diperkatakan ramai.
Dilaporkan, BCL dan Ariel sudah lama bersahabat baik dan pertemuan yang berlaku hanyalah kerana mereka sama-sama berduet menerusi lagu ‘Menghapus Jejakmu’.
Untuk rekod, BCL telah kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair kira-kira dua bulan lalu.
Ashraf yang juga seorang pelakon di Indonesia dan Malaysia meninggal dunia kerana serangan jantung.
Semoga BCL tabah menghadapi ujian demi anak tersayang, Noah.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply