Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan.
Makanan sunnah kegemaran Rasulullah, Nabi Muhammad SAW boleh dinikmati segar mahupun yang telah dikeringkan agar ianya lebih tahan lama.
Kini ia telah dipelbagai dan dikomersialkan citarasanya dengan menambah bahan lain seperti kekacang, coklat dan juga dijadikan minuman.
Sama seperti buah-buahan lain, kurma juga mengandungi khasiatnya tersendiri.
Ianya tinggi dengan kandungan potassium, frosforus, kalsium, sodium, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan B3.
Kandungan gula ringkas iaitu froktosa mampu memberi tenaga segera selain dari bersifat antioksidan.
Namun, pengambilannya juga haruslah tidak berlebihan termasuk apa jua jenis makanan yang perlu diambil dalam jumlah sederhana.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah pengambilan buah kurma yang disarankan adalah sebanyak tiga biji, sekali semasa bersahur dan sekali lagi ketika berbuka puasa.
Dianggarkan tiga biji kurma seberat 30 gram bersamaan dengan kira-kira 90 kalori.
Selain ianya baik untuk kesihatan dan kecerdasan badan, adalah lebih afdal untuk kita mengikut amalan Nabi Muhammad SAW dalam pengambilan makanan sunnah.
Jom sihat dan bertenaga hanya dengan tiga biji kurma 💪
Selamat menjalani ibadah puasa semua!
KHASIAT BUAH KURMABuah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan.Sama seperti buah-buahan lain, kurma juga…
Dikirim oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada Kamis, 23 April 2020
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply