Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAOrang awam diingatkan tidak salah guna permit pergerakan mudah alih ‘Gerak Malaysia’

Orang awam diingatkan tidak salah guna permit pergerakan mudah alih ‘Gerak Malaysia’

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Huzir Mohamed mengeluarkan satu kenyataan berkenaan proses pengeluaran permit pergerakan melalui aplikasi mudah alih “Gerak Malaysia” di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini dibangunkan bertujuan bagi memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan yang dibuat secara dalam talian.

Aplikasi berkenaan juga dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai-balai polis sekaligus dapat menguruskan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

Melalui aplikasi terbabit, kod QR yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.

Aplikasi itu juga boleh dimuat turun melalui ‘application store’ di telefon pintar masing-masing dan semasa pendaftaran buat kali pertama, pengguna hanya perlu memasukkan butiran peribadi seperti :

1. Nama penuh
2. Nombor Mykad/Pasport
3. Alamat
4. Nombor telefon peranti yang digunakan
5. Alamat e-mel

Orang awam diingatkan agar hanya membuat permohonan bagi tujuan perjalanan yang benar-benar perlu sahaja seperti arahan yang telah ditetapkan di bawah PKP dan tidak menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini.

Kenyataan Media Permohonan Pergerakan Antara Negeri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Untuk Tujuan Yang Dibenarkan.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 24 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments