Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenduduk di kawasan zon hijau perlu kekal patuhi PKP

Penduduk di kawasan zon hijau perlu kekal patuhi PKP

Jika sebelum ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi berita melegakan hati masyarakat mengisytiharkan beberapa tempat atau daerah yang kini dikategorikan sebagai zon hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak KKM turut mempunyai rasa khuatir mengenai penerimaan, aktiviti atau tindakan yang bakal dilakukan oleh masyarakat.

Menurut beliau, dengan pengisytiharan terbabit diharap masyarakat tidak mengambil mudah mengenai nasihat kesihatan yang disarankan kerana berfikiran jangkitan wabak COVID-19 hampir selesai.

“Pada hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya.

“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingatkan kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat adalah sekutu kepada virus ini,” ujarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM khuatir masyarakat mengambil mudah nasihat kesihatan…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 25 April 2020

KKM turut menyeru masyarakat termasuk mereka yang berada di kawasan yang telah diisytiharkan zon hijau supaya kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Stay at home, stay safe!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments