Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAduan melalui empat saluran agih bantuan

Aduan melalui empat saluran agih bantuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Rina Harun menerusi perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan sesiapa yang memerlukan bantuan bekalan makanan boleh membuat aduan melalui empat saluran yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu termasuklah Talian Kasih 15999 dan Bilik Gerakan JKM di setiap negeri atau daerah.

Menurut beliau, aduan bantuan bakul makanan juga boleh dibuat bagi pihak orang lain khususnya jiran terdekat yang kurang bernasib baik seperti golongan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, orang miskin atau gelandangan.

Bantuan Bakul Makanan adalah merupakan inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghulurkan bantuan khas khususnya kepada rakyat yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kaedah penyampaian bantuan akan dilaksanakan oleh JKM dengan kerjasama Jabatan RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di setiap daerah.

Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan bakul makanan, anda boleh membuat aduan melalui empat saluran yang telah…

Dikirim oleh Rina Mohd Harun pada Sabtu, 25 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments