Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu iaitu sehingga 12 Mei 2020.
Dalam tempoh ini kerajaan akan menilai data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menentukan langkah-langkah seterusnya.
Perdana Menteri dalam perutusan khas malam ini berkata, beliau tidak menolak juga kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.
“Mungkin ini bermakna saudara-saudari tidak dapat menyambut Hari Raya di kampung seperti biasa serta tidak boleh bekerja kecuali bagi mereka yang dibenarkan bekerja di sektor yang dibenarkan.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID-19 terus mencatat penurunan yang ketara maka kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor seperti sektor sosial bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” ujar beliau.
Perutusan Khas Ramadan oleh Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin.
Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 23 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply