Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerak negeri pertama wujud pusat panggilan IsoCare Centre

Perak negeri pertama wujud pusat panggilan IsoCare Centre

Perak merupakan negeri pertama yang mewujudkan pusat panggilan IsoCare Centre di Malaysia.

Tujuan ia ditubuhkan adalah sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Negeri Perak yang telah beroperasi sejak 2 April lalu.

Penubuhan ini tercetus daripada hasil kerjasama mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dato’ Seri Faizal Azumu yang juga sebagai Ahli Parlimen Tambun menyatakan pusat panggilan ini adalah berfungsi boleh mengenal pasti status kesihatan seseorang individu.

Antaranya seperti individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif, pesakit dalam siasatan (PUI), pesakit bawah pengawasan (PUS) dan warganegara Malaysia yang pulang dari melancong serta bekerja di luar negara.

Selain itu, penubuhan ini juga adalah bagi memantau dan menjaga kebajikan rakyat daripada aspek bekalan makanan serta ubatan.

IsoCare dijaga penuh dibawah seliaan Polis Diraja Malaysia Perak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Perak, Majlis Keselamatan Negara Perak, Jabatan Imigresen, Telekom Malaysia dan Tabung Haji.

PERAK TEMPAT TERATAS DALAM SENARAI PERKEMBANGAN TERBAIK MEMERANGI COVID-19, SEMUA DAERAH BEBAS ZON MERAH KES AKTIF…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Minggu, 19 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments