Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA#stayAtHome , SOP kekal walau kes positif COVID-19 menurun

#stayAtHome , SOP kekal walau kes positif COVID-19 menurun

Berikutan penurunan kes baharu COVID-19 dalam negara, orang ramai mula bernafas lega dan berpendapat perlu ada sedikit kelonggaran polisi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, memetik kata – kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selagi tempoh PKP tidak ditamatkan dan tiada Standard Operation Procedure (SOP) baru dikeluarkan oleh kerajaan, maka polisi sekarang masih kekal berjalan seperti biasa.

“Soal pematuhan kepada arahan masih mesih menjadi tanggungjawab kepada semua,” ujarnya.

Nampaknya tindakan kerajaan melaksanakan arahan PKP dan usaha rakyat mematuhinya telah menampakkan perkembangan positif.

Namun, adalah terlalu awal untuk kita bergembira dan mula mengambil remeh kepentingan pelaksanaan PKP yang telah dikuatkuasakan sehingga ke fasa ketiga.

Virus pandemik ini masih bermaharajalela di luar sana dan bila-bila masa sahaja boleh berjangkit jika masyarakat lalai dan tidak mengambil tindakan pencegahan seperti yang disarankan pihak berwajib.

Patuhi arahan demi kebaikan anda dan keluarga tercinta.

Kita pasti menang!

#COVID19
#StayAtHome
#movementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

PKP : SOP MASIH KEKAL WALAUPUN KES POSITIF COVID19 MENURUNTeruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP.Sebarang…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 21 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments