Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAplikasi MySejahtera bantu nilai kesihatan diri dan salur maklumat terkini COVID-19

Aplikasi MySejahtera bantu nilai kesihatan diri dan salur maklumat terkini COVID-19

Orang ramai boleh menilai kesihatan kendiri menerusi aplikasi percuma MySejahtera yang dilancarkan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dato’ Dr Adham Baba berkata MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan membantu mengawasi penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

“Dalam masa yang sama, aplikasi berkenaan turut membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan,” ujar beliau.

Antara fungsi aplikasi MySejahtera yang dibangunkan ini adalah :

i. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19

ii. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19

iii. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19

iv. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Aplikasi MySejahtera ini telah dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Majlis PraPelancaran aplikasi MySejahtera telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Adham Baba bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Mohd Rabin Basir turut hadir ke majlis berkenaan.

Bagi yang memerlukan sebarang bantuan teknikal, orang ramai boleh menghantar email ke 80008000@1govuc.gov.my

YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis PraPelancaran aplikasi MySejahtera bersama…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 20 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments