Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALapan pakar perubatan China berada di Malaysia bantu tangani wabak COVID-19

Lapan pakar perubatan China berada di Malaysia bantu tangani wabak COVID-19

Lapan pakar perunding perubatan China telah tiba di Malaysia bagi membantu serta berkongsi pengalaman serta kepakaran menangani penularan wabak COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 8 pakar perubatan dari Republik Rakyat China (PRC) berada di negara ini bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menangani masalah berwabak ini.

Dilaporkan, pasukan Pakar COVID-19 itu berada di Malaysia sehingga 2 Mei untuk berkongsi beberapa aspek klinikal, rawatan dan amalan baik dalam menanggani penularan penyakit pandemik.

Kesemua aspek itu bakal dikongsi berdasarkan pengalaman di republik terbabit.

Pasukan berkenaan terdiri daripada pakar pelbagai bidang seperti penyakit berjangkit respiratori, penjagaan insentif, mikrobiologi, virologi, jangkitan dalam hospital (nosokomial) dan perubatan tradisional Cina.

Ini merupakan peluang terbaik untuk petugas kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelajari strategi dan pengalaman PRC menangani wabak om#COVID19 yang kini telah menjangkiti lebih dua juta orang di seluruh dunia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2363088330460726&id=1452870318149203

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments