Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiada penambahan zon merah setakat ini

Tiada penambahan zon merah setakat ini

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) zon merah COVID-19 masih kekal dengan 26 daerah setakat hari ini (12 April).

Pada 8 April yang lalu, terdapat penambahan satu daerah yang dikenal pasti sebagai zon merah iaitu Kuantan melibatkan 80 kes.

Pada 9 April lalu, Hulu Selangor mencatatkan sebanyak 48 kes, manakala 10 April pula Melaka Tenggah direkodkan sejumlah 48 kes.

Berdasarkan infografik CPRC, daerah Lembah Pantai merupakan lokasi yang paling tinggi bilangan kes iaitu sebanyak 496.

Selain daerah berkenaan, Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan jumlah 388 dan 336 kes.

Dalam pada itu, Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,236 kes manakala kes terendah di Labuah dengan hanya 15 kes.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments