Baru 24 jam dilancarkan, Video Lirik Kecewa nyanyian penyanyi Tuah Adzmi kini mencecah 50,000 jumlah tontonan!
Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi ini selepas lagu Insan Ku Cinta mendapat sambutan ramai, turut dimuatnaik di laman Youtube dan juga boleh didengari di platform streaming Joox.
Kerana kekangan waktu dan mematuhi polisi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), video muzik lagu berkenaan masih belum menjalani penggambaran.
Perkhabaran itu dikongsi sendiri oleh penyanyi terbabit di laman Instagramnya.
Nampaknya karya Tuah Adzmi diminati ramai. Semoga terus berjaya.
Tahniah Tuah Adzmi!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply