Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiada kes baharu di Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Tiada kes baharu di Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Tiada kes terbaharu dalam tempoh 24 jam di Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini (12 April).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan di negeri Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 53 kes baharu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada pada tahap kedua tertinggi direkodkan iaitu sejumlah 44 kes baharu pada hari ini.

Johor dan Pahang pula masing-masing mencatat 14 serta 11 kes baharu COVID-19.

Negeri Sembilan direkodkan sembilan kes baharu, diikuti Sarawak dan Sabah dengan jumlah kes baharu sebanyak lapan dan enam kes.

Manakala Melaka dengan tiga kes baharu, Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing dengan satu kes baharu.

#COVID19Malaysia Bilangan kes mengikut negeri sehingga jam 12pm, 12 April. Tiada kes baru dalam tempoh 24 jam di Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 12 April 2020

#stayAtHome , kita mampu menang!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments