Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAVitamin D percuma dan mudah!

Vitamin D percuma dan mudah!

Anda berasa sakit-sakit badan dan tulang, serta selalu dalam keadaan lemah dan lesu? Fikiran juga terganggu hingga menyebabkan kemurungan?

Tanpa disedari, itu adalah tanda-tanda anda kekurangan vitamin D.

Lebih serius ia akan mendorong kepada penyakit lebih bahaya seperti kencing manis dan masalah jantung.

Tahukah anda, mengikut kajian, lapan daripada 10 remaja di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Menerusi laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi cara paling mudah untuk mendapatkan sumber vitamin D.

Ya, cahaya matahari merupakan sumber utama vitamin D.

Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah berada di bawah cahaya matahari sekitar enam hingga lapan minit untuk memperoleh bekalan vitamin D.

Tidak perlu keluar rumah terlalu jauh, memadailah hanya di halaman dan balkoni rumah.

Waktu paling sesuai yang dicadangkan untuk ‘berjemur’ adalah antara jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Mudah dan percuma bukan! Apa yang perlu, hanya sedikit usaha dan keinginan untuk menjaga kesihatan.

Jom sihat!

Ambil masa hanya 6-8 minit untuk terdedah kepada cahaya matahari untuk seketika untuk memperoleh vitamin D.Tak perlu…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 03 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments