Kerajaan Negeri Perak melantik Dato’ Rumaizi Baharin sebagai Datuk Bandar Ipoh baharu bagi menggantikan Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang memangku jawatan berkenaan selepas dilantik sebagi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019.
Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yakin dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh Dato’ Ruzaimi mampu membantu melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh.
Dato’ Ruzaimi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan merupakan Pengarah yang termuda dilantik ke jawatan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Untuk rekod, beliau berlulusan Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply