Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAKKM lancar Program Pengurangan Risiko Penularan COVID-19 peringkat daerah

KKM lancar Program Pengurangan Risiko Penularan COVID-19 peringkat daerah

Program Pengurangan Risiko Penularan Jangkitan Covid-19 akan dilancarkan di semua peringkat daerah bagi mencegah penularan COVID-19 dalam negara.

Setiap daerah akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu “hijau” tiada kes dalam tempoh 14 hari, “kuning” terdapat 1 hingga 20 kes, “oren” iaitu 21 hingga 40 kes dan “merah” merupakan zon yang melebihi 41 kes ke atas.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali program ini dilaksanakan bagi mengekalkan status daerah “hijau” kekal bebas dari kes jangkitan COVID-19 dan menukarkan status daerah “kuning” kepada “hijau” dalam tempoh 14 hari.

Sekiranya masyarakat di setiap daerah mematuhi arahan PKP dengan baik, strategi utama program untuk mengekalkan daerah bebas COVID-19 dan melindungi golongan berisiko daripada jangkitan pasti akan dapat diatasi bersama.

Putrajaya, 1 April 2020 – YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah melancarkan satu…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 01 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments