Ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, mereka masih ligat bekerja demi memudahkan orang ramai meskipun perlu mempertaruhkan nyawa mereka.
Seperti perkongsian laman Facebook, Dato’ Seri Azmin Ali bercerita tentang wira tidak didendang, iaitu para pekerja “Food Panda” yang menurut beliau “mereka juga wira kita”.
Benar, realitinya para pekerja penghantar makanan bukan sahaja Food Panda, Grab Food dan penghantar makanan lain juga berkorban untuk orang ramai.
Menurutnya, pada waktu sukar begini Allah SWT kurniakan kepada kita insan yang sedia berkorban untuk menghantar pesanan makanan terus ke rumah.
Mereka ini juga terdedah kepada risiko jangkitan wabak COVID-19, tetapi tetap meneruskan rutin harian seperti biasa.
Malah beliau turut berkongsi pengalaman melihat suami membonceng isteri tersayang meredah hujan dan panas untuk mencari rezeki seisi keluarga.
“Dan yang paling saya tabik, mereka tetap tidak melupakan kewajipan solat 5 waktu walaupun ada yang terpaksa berhenti di tepi jalan. Allahuakbar!!” ujarnya.
Mereka Juga Wira KitaPada waktu sukar sebegini, Allah kurniakan kepada kita insan yang sedia berkorban untuk…
Dikirim oleh Azmin Ali pada Senin, 30 Maret 2020
Beliau turut mendoakan semoga Allah S.W.T merahmati dan sentiasa melindungi perjalanan mereka di luar sana yang sanggup berkorban demi mencari rezeki.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semoga diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan semua yang tetap perlu keluar berkhidmat tatkala orang lain berada di rumah bagi memutuskan rantaian wabak pandemik ini.
Terima kasih wira kami!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply