30 Mac Hari Doktor Sedunia!
Detik istimewa buat para doktor perubatan apabila masyarakat dunia memperingati dan menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan jasa mereka dalam melaksanakan tanggungjawab merawat dan berusaha menyelamatkan nyawa pesakit.
Menghargai dan mengingati jasa seorang doktor, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri lain turut sama merakamkan penghargaan buat para doktor yang kini sedang berhadapan detik getir serta tugasan berat bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus COVID-19.
Sebagai menghargai jasa mereka, paling penting buat masa ini, ayuh sama-sama kita patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Janganlah kita menambah bebanan mereka dengan menambah lagi bilangan mangsa virus jangkitan COVID-19 hanya kerana berdegil dengan arahan pihak berwajib!
Bantulah mereka agar dapat membantu kita semua seterusnya berdoa agar negara bebas dari cengkaman virus pandemik ini.
Terima kasih Doktor!
Jasamu dikenang!
Selamat Hari Doktor#dudukrumah #stayathome
Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Minggu, 29 Maret 2020
Sempena Hari Doktor Sedunia, saya ingin merakamkan perhargaan kepada semua doktor yang berkerja siang dan malam,…
Dikirim oleh Azmin Ali pada Minggu, 29 Maret 2020
Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia. Teruskan memberi khidmat bakti yang terbaik dan…
Dikirim oleh Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara pada Minggu, 29 Maret 2020
Selamat Hari Doktor Sedunia. Terima kasih atas khidmat dan bakti yang dicurahkan. ❤️YB Dato’ Sri Dr. Adham…
Dikirim oleh DR ADHAM BABA pada Minggu, 29 Maret 2020
Selamat menyambut Hari Doktor dan terima kasih kepada semua doktor atas segala jasa dan bakti kerana sentiasa komited mengorbankan masa, tenaga dan memberi khidmat yang terbaikuntuk orang ramai
Dikirim oleh Alexander Nanta Linggi pada Minggu, 29 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply