Hari ini Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab akan laksanakan operasi nyah cemar bagi membendung penularan COVID19 terutamanya di kawasan berisiko tinggi.
Proses ini akan turut dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, SWCorp serta Angkatan Tentera Malaysia.
Operasi nyah cemar ini akan dilakukan di beberapa tempat tumpuan awam seperti di Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya, Kampung Sungai Ramal, Kajang dan kemudiannya akan diperluaskan ke kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pejabat.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata proses nyah cemar ini akan diperluaskan ke seluruh negara.
PROSES NYAH CEMAR AKAN DIPERLUAS DI SELURUH NEGARA
PROSES NYAH CEMAR AKAN DIPERLUAS DI SELURUH NEGARAOperasi nyah cemar bagi membendung penularan koronavirus COVID19 terutama di kawasan tumpuan awam akan dilaksanakan mulai esok (Isnin).Operasi nyah cemar ini menumpukan kawasan berisiko tinggi iaitu kawasan tumpuan awam dan kemudiannya akan diperluaskan ke kediaman PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan pejabat.Ismail Sabri YaakobKementerian Pertahanan MalaysiaKPKT MalaysiaJabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)Jabatan Penerangan MalaysiaKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMMKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA#COVID19#StayAtHome#RestrictedMovementOrder#perintahkawalanpergerakan
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 29 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply