Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerkhidmatan kesihatan ibu hamil dan anak beroperasi seperti biasa

Perkhidmatan kesihatan ibu hamil dan anak beroperasi seperti biasa

Perkhidmatan kesihatan ibu hamil dan anak serta perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak tetap beroperasi seperti biasa, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya walaupun negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19, perkhidmatan terbabit berjalan seperti biasa di setiap fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru itu, ibu hamil diminta untuk menjalani pemeriksaan mengikut tarikh temujanji seperti yang diberikan.

Malah anggota kesihatan juga akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah ibu selepas bersalin untuk memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat.

Sekiranya terdapat ibu hamil dan ibu bapa yang berada di luar kawasan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang berdekatan.

Perkhidmatan kesihatan untuk ibu hamil dan anak serta perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak berjalan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 26 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments