Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADato’ Seri Ahmad Faizal umum pemotongan dua bulan gaji Menteri Besar untuk...

Dato’ Seri Ahmad Faizal umum pemotongan dua bulan gaji Menteri Besar untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak

Kelmarin Mesyuarat Kabinet memutuskan pemotongan gaji dua bulan melibatkan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pemotongan gaji berkenaan akan disalurkan ke Tabung COVID-19 yang kini jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan sebanyak RM8,493,103.48.

Beliau juga menambah langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak ini.

Selaras dengan tindakan Jemaah Menteri, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu turut bertindak membuat pemotongan gaji dua bulan Menteri Besar bagi disalurkan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

Meneruskan khidmat serta keprihatinan terhadap bebanan ditanggung rakyat, beliau mengalu-alukan badan-badan korporat dan pihak swasta untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak melalui akaun Bendahari Negeri Perak seperti berikut ;

CIMB Islamic : 8601170183

Percaya kepada dalam sebuah kehidupan “kebersamaan” merupakan  satu hal yang terpenting dan manusia tidak mampu hidup tanpa orang lain kerana pada dasarnya manusia ialah makhluk sosial.

Atas dasar itu, Dato’ Seri Ahmad Faizal dengan rendah diri menyeru agar semua rakyat Perak bersatu hati dan memberikan kerjasama bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Beliau turut percaya dalam apa jua keadaan dan situasi jangan mudah menyerah saat doa-doa belum terjawab dan jika mampu bersabar, Allah SWT mampu memberikan lebih dari apa yang diminta.

Justeru, beliau meminta kepada semua umat Islam untuk melaksanakan solat hajat di rumah masing-masing selepas mengerjakan solat Zohor, memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar negara segera bebas daripada ancaman wabak COVID-19 serta dikurniakan kesembuhan sepenuhnya buat semua pesakit dan para petugas barisan hadapan, khususnya kakitangan Hospital Teluk Intan yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

– THE MALAYA

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments