Arahan melaksanakan kawalan pergerakan sempena membendung seterusnya memutuskan rantaian virus COVID-19 ini nampaknya masih belum dipatuhi sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Menerusi laman media sosial Instagram @bellngasri, pelakon dan pelawak terkenal ini menasihati orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan, “stay-at-home”.
Nasihatnya yang santai dan kelakar mengundang rasa terhibur netizen.
Bell juga memberi cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.
“Siapa kata duduk di rumah tidak menjana pendapatan? Tengok macam saya, boleh beli tanah dan rumah, sambil memperlihatkan dirinya sedang bermain “monopoly” 🤣🤣🤣🤣🤣
Bell turut berpesan, “Janganlah pulang ke kampung, nanti ada pula yang pulang ke Rahmatullah”, katanya.
Aduhai Bell, memang tak kering gusi melihat aksi lawak bersahajanya! 😂
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply