Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Satu lagi kes kematian hari ini

COVID-19 : Satu lagi kes kematian hari ini

Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan setakat hari ini (24 Mac), terdapat satu kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 dalam negara sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka dan disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 23 Maret 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments