Seorang lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sakit kronik dilaporkan meninggal dunia jam 9.05 malam tadi.
Perkhabaran terbaharu dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menyaksikan kematian yang ke-11 COVID-19.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3153494831341050&id=578835322140360?sfnsn=mo
Lelaki berusia 70 tahun ini disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac setelah membuat perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari lalu.
Beliau telah mula bergejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply