Arahan untuk mengisi borang Kebenaran Rentas Negeri ditarik balik buat sementara waktu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta orang ramai untuk menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam waktu yang terdekat.
Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini – KPN
— Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (@MKNJPM) March 17, 2020
Tindakan penarikan balik dibuat berikutan berlakunya kesesakan kunjungan orang ramai di balai polis di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan membabitkan perjalanan merentas negeri ditangguhkan sementara waktu bagi menyelesaikan kesesakan yang berlaku.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply