Saturday, November 21, 2026
HomePOLITIKMenteri Besar Perak salur bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat...

Menteri Besar Perak salur bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat wabak Covid-19

Ini pula berita baik untuk orang Perak.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu hari ini mengumumkan bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Foto FB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

Inisiatif ini diumumkan dalam perutusan khas hari ini, bertujuan mengurangkan beban rakyat dari golongan sasar di negeri Perak.

Ia mencakupi bantuan one-off kepada penjaja dan peniaga kecil melalui pihak berkuasa tempatan.

Tambah beliau kerajaan negeri juga akan menanggung bayaran selama tiga bulan (Mac hingga Mei 2020) bagi perkara-perkara seperti berikut.

• Bayaran Balik Tabung Usahawan dan Mikrokredit Yayasan Perak

• Bayaran Balik Rumah Harapan

• Pinjaman Pendidikan Negeri Perak

• Bayaran Sewa Bulanan Program Perumahan Rakyat Negeri Perak

“Selain daripada itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk menangguhkan pembayaran selama tiga bulan untuk Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam dan juga Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas (Mac hingga Mei 2020).

“Pada masa yang sama, Kerajaan negeri juga akan mempercepatkan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak serta pekerja sambilan harian kepada 19 Mac 2020”, katanya.

Menurut Dato’ Seri Ahmad Faizal lagi, kerajaan negeri akan mengkaji inisiatif tambahan dari semasa ke semasa.

Ia bagi mengurangkan beban golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat di negeri ini untuk mengelakkan pembelian panik kerana kerana semua pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh dua minggu akan datang.

Berita video perutusan khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai Covid-19.

Video penuh Perutusan Khas Mengenai Wabak Covid-19 oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Selasa, 17 Maret 2020

 

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments