Friday, November 20, 2026
HomeBERITATERKINIIndividu yang ingkar perintah kawalan pergerakan berdepan tindakan tegas - Haniff Khatri

Individu yang ingkar perintah kawalan pergerakan berdepan tindakan tegas – Haniff Khatri

Susulan perintah kawalan pergerakan

Peguam kanan Haniff Khatri Abdullah berkata kesihatan dan nyawa kesemua rakyat Malaysia adalah jauh lebih bernilai daripada nilai wang ringgit yang mungkin bakal kehilangan dengan penutupan kesemua aktiviti dalam tempoh larangan ini berkuatkuasa pada rabu ini.

Oleh itu beliau mengesyorkan agar kerajaan tegas dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mana-mana entiti ataupun individu yang mengingkari larangan terbabit.

Jika perlu larangan ini hendaklah dilanjutkan dari masa ke semasa dengan pemberian notis memadai 48 jam sebelum tempoh asal tamat.

“Saya syorkan agar Kerajaan akan tegas dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mana-mana entiti ataupun individu yang mengingkari larangan terbabit, dan jika perlu larangan ini hendaklah dilanjutkan dari masa ke semasa dengan pemberian notis memadai 48 jam sebelum tempoh asal tamat”, katanya.

Tambahnya menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan keingkaran larangan yang akan berkuatkuasa mulai 18.03.2020 hingga tamat tempohnya.

Ia menjadi satu kesalahan jenayah, di mana kesalahan pertama boleh membawa hukuman penjara sehingga dua (2) tahun ataupun denda ataupun kedua-duanya sekali.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments