Jumlah kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 428 kes dengan penambahan 190 kes baharu disahkan positif.
Kebanyakan kes ini dikesan berkait rapat dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang diadakan 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Seramai sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala, tujuh kes lagi telah pulih dan discaj dari Hopsital Sungai Buloh, dengan ini jumlah keseluruhan sembuh adalah 42 kes.
Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih giat menjalankan penyiasatan dan pengesanan terhadap peserta yang menghadiri perhimpunan tersebut.
KKM juga menyeru kepada individu yang menghadiri perhimpunan itu memberikan kerjasama dan menghubungi segera Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Dalam masa yang sama, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply