Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sempat hadir menunaikan solat jenazah bapa kepada wartawan RTM Perak, Nor’ain Abu Bakar di Masjid Al-Mutaqqin Bandar Baru Putra, Bercham siang tadi.

Beliau hadir menyampaikan ucapan takziah buat Nor’ain dan keluarga.
Terdahulu sejurus mengangkat sumpah sebagai MB Perak ke 13, beliau turut menziarahi pusara ayahanda beliau Allahyarham Dato’ Haji Azumu bin Tak dan bonda Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin.


“Innalillahwainailahirojiun salam takziah buat keluarga wartawan RTM Perak Nor’ain Abu Bakar atas kehilangan ayahanda tercinta petang tadi.
“Sama-sama kita sedekahkan pahala bacaan surah Al-fatihah buat Allahyarham, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh, serta dirahmati dengan sebaik-baik ganjaran syurga”, katanya dalam satu kenyataan di facebook.
Terdahulu sejurus mengangkat sumpah sebagai MB Perak ke 13, beliau turut menziarahi pusara ayahanda beliau Allahyarham Dato’ Haji Azumu bin Tak dan bonda Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Al Fatihah..
–THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply