Naib Canselor Unisza Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di kecam penuntut Unisza, UMT dan warganet gara-gara bersetuju dengan cadangan penggabungan UMT dan Unisza.


Terdahulu Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan mengakui penggabungan itu mampu memberi manfaat kepada kedua-dua universiti terutama dari segi kebajikan seluruh kakitangannya.
Menurutnya, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos malahan menyedia serta membuka lebih banyak peluang kejayaan yang bakal dinikmati semua warga Unisza dan juga UMT di sebalik penggabungan itu.
“Bagaimanapun, cadangan itu bukan hanya mengenai penjimatan belanjawan atau kos semata tetapi kebajikan warga serta kakitangan kedua-dua universiti itu.
“Bercakap soal ini, Kabinet telah buat keputusan mengenainya (gabung UMT dan Unisza) dan Kementerian Pendidikan telah keluarkan kenyataan mengenainya hari ini,” katanya.
Susulan itu, satu himpunan tolak penggabungan ke dua universiti berkenaan bakal diadakan jam 5 petang ini.

Difahamkan 20,000 warga UMT, Unisza bakal membanjiri Dataran Canselori petang ini.

Leave a Reply