Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Semua anggota TLDM KD Lekiu bebas wabak Coronavirus

COVID-19 : Semua anggota TLDM KD Lekiu bebas wabak Coronavirus

Tiada pengesanan simptom COVID-19 ke atas pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD LEKIU.

Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan terhadap semua warga KD LEKIU pada 5 Mac lalu didapati negatif dan mereka berada dalam keadaan sihat.

KD LEKIU yang meneruskan pelayaran pulang semalam dijangka tiba di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) Isnin ini.

Malah, ujian saringan kedua akan dilaksanakan setibanya kapal di TPL bagi langkah berjaga-jaga dan sebagai mengesahkan bahawa warga kapal bebas dari virus COVID-19.

“Semua warga akan dikuarantin di kapal sehingga keputusan saringan kedua diperoleh dan dimuktamadkan oleh Bahagian Kesihatan.

“TLDM akan memastikan semua langkah keselamatan diambil mengikut garis panduan yang diberikan.

“TLDM akan turut memastikan semua prosedur dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan semua warga boleh berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing dalam kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments