Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANaim Daniel terima pengiktirafan dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Naim Daniel terima pengiktirafan dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Nampaknya sekali lagi Naim Daniel melakar sejarah dan pencapaian baharu dalam kerjaya nyanyiannya.

Naim berkongsi di laman Instagramnya dan menyatakan telah mendapat penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memartabatkan tulisan Jawi.

“Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini. Teruskan mendengar lagu terbaru saya , Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim” tulis Naim.

Meskipun dihimpit kontroversi setelah kemenangannyavpada AJL-34 yang lepas, namun tidak menghalangnya untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Selain itu, Naim turut berkongsi berita gembira dan memberitahu bahawa dia sudah membeli rumah pertamanya sendiri hasil dari kerja keras yang dilakukannya selama ini. Tahniah Naim.!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments