Empat kes baharu dicatatkan pada 1 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia ialah 29 kes.
Kes 26, lelaki berumur 52 warganegara Malaysia mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari 2020.
Bermula dengan mengalami gejala pada 27 Februari dan terus mendapatkan rawatan di hospital swasta pada hari yang sama.

Ujian saringan dijalankan dan disahkan positif pada 29 Februari dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Manakala kes 27, wanitaber umur 20 tahun warganegara Malaysia, seorang jururawat pelatih yang dikesan sebagai kontak rapat bagi kes 24.
Jururawat pelatih terbabit mengalami gejala batuk dan selepas selesai menjalani ujian saringan serta disahkan positif COVID-19 pada 29 Februari, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kes 28, lelaki berumur 45 tahun warganegara Malaysia dan merupakan rakan sekerja kepada kes 25.
Kedua-dua mereka bersama-sama dengan seorang lagi rakan sekerja mempunyai sejarah perjalanan ke Milan, Itali pada 15 hingga 21 Februari.
Dikesan bergejala sejak 26 Februari.
Ujian saringan mengesahkan positif COVID-19. Kini pesakit dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.
Kes 29 pula melibatkan wanita berumur 35 tahun dan merupakan rakyat Malaysia.
Terdahulu, wanita berkenaan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari lalu dan ditempatkan di bilik berdua dengan kes ke-24; yang pada ketika itu belum diketahui dijangkiti COVID-19.
Pada 25 Februari, pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah.
Beberapa hari kemudia , wanira terbabit berasa tidak sihat dan mengalami gejala demam serta batuk namun tidak mendapatkan sebarang rawatan.
Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, wanita itu telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kepada kes ke-24.
Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari serta telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh.

Setakat ini, 22 kes dari 29 kes keseluruhan COVID19 telah sembuh dan dibenarkan pulang, manakala tujuh lagi masih dirawat di wad.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply