Friday, November 20, 2026
HomeBERITAChef Wan hidap sakit kayap, kaki ibu perlu dipotong, Serina luah rasa...

Chef Wan hidap sakit kayap, kaki ibu perlu dipotong, Serina luah rasa sedih dengan keadaan kesihatan ibu dan bapanya

Belum lagi hilang kebimbangan pelakon dan pengacara Serina Redzuawan dengan berita bapanya, Dato’ Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat penyakit kayap, kini sekali lagi Serina diuji dengan keadaan kesihatan ibunya yang turut berada di hospital.

Serina memuat naik entri di laman instagramnya menyatakan bahawa kaki ibunya, Norhayati Ayub terpaksa dipotong akibat menderita pelbagai penyakit kronik antaranya kencing manis.

View this post on Instagram

Ya Allah..mula mula dapat berita pasal mama nak kena operate potong kaki, rasa berpusing dunia kejap.Jadi kelu tak boleh berkata kata, tak tau macam mana nak bagi tau pada mama hakikat ni, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu. I tau mama tentu kecewa & menangis. I kuatkan hati doa banyak pada Allah beri kekuatan, lepas i pujuk dan explain kenapa kena potong juga sebab nak selamatkan nyawa mama, dia boleh terima & redha. Dia nangis sedih. I peluk cium dia bagi semangat. Nak ucap terima kasih juga pada Abg @abibsyedali @scarlett_requiem Wawa datang lawat mama, beri motivasi & semangat .Moga Allah swt membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operation ya semua.Ujian yg berat for me & keluarga. I redha atas ketentuan Allah SWT.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

Tambahnya lagi, doktor pakar meminta anak atau waris yang menyampaikan khabar sedih itu kepada pesakit sendiri kerana anak-anak lebih mengetahui cara untuk meredakan kesedihan yang dirasai oleh ibunya.

Setelah memujuk dan menerangkan sebab mengapa kakinya harus dipotong, barulah ibunya menerima dan redha walaupun sedih.

Serina turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang melawat serta memberi semangat serta motivasi kepada ibunya.

Beberapa hari sebelumnya, Serina telah memuat naik entri yang mengatakan bapanya Dato Chef Wan berada di hospital kerana dijangkiti kayap dan Dato Chef Wan turut menceritakan keadaannya ketika itu.

Menurutnya, sakitnya terasa seperti kulitnya panas seperti terbakar dan bisa malah sehingga timbul gelembung air.

Tambah Serina antibodi bapanya itu sangat kuat kerana jarang dijangkiti penyakit namun jika sudah sakit, sememangnya akan mendapat rawatan dan rehat yang secukupnya.

Semoga kedua ibu bapa Serina Redzuawan sembuh seperti sedia kala.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments