Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASharul Kamal dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak Mcovid dan Influenza

Sharul Kamal dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak Mcovid dan Influenza

Pelakon dan juga pelantun lagu Racun rindu, Sharul Kamal terpaksa dikuarantin di sebuah hospital di Kuala Pilah.

Penyanyi berkenaan yang baharu sahaja pulang dari Makkah kerana menjalani satu penggambaran ‘travelogue backpackers Mesir’.

Setelah pulang ke tanah air, Sharul telah demam dan disyaki dijangkiti penyakit yang sedang tular, Mcovid dan influenza.

Menurut perkongsian seorang wanita di ruangan komen Instagram Sharul yang dikenali sebagai @ibumazbob, setelah Sharul pulang dari Makkah, dia telah demam dan dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan doktor mengesahkan Sharul suspek Mcovid dan Influenza.

Kemudiannya Sharul ditempatkan dibilik kuarantin bagi mengelakkan wabak terbabit berjangkit kepada pesakit lain.

Wanita berkenaan turut memberitahu nombor bilik rawatan yang diduduki oleh Sharul namun sempat berceloteh dalam loghat Nogori yang pekat “Ado de lai kek cnun tu.. ward 1 blk P1.. tp x leh tgk main lambai2 kek comin yo…” ujar wanita berkenaan.

Semalam, Sharul memuat naik entri di instastory miliknya mengatakan sudah dua hari dia terkurung di dalam bilik berkenaan dan tidak dibenarkan untuk berjumpa sesiapa.

Tambahnya lagi, keputusan akan keluar dan dia yakin dia tidak terkena jangkitan influenza Mers-Cov meskipun mempunyai tanda-tanda wabak itu.

Di ruangan komen laman Instagram penyanyi berkenaan, warganet mendoakan agar Sharul kembali sembuh.

 

 

 

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments