Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiga skim baharu menggantikan amalan pengutipan deposit kontena

Tiga skim baharu menggantikan amalan pengutipan deposit kontena

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengesahkan alternatif amalan pengutipan deposit kontena di Malaysia.

Pengesahan berkenaan telah dikongsi di laman Facebook Lembaga Pelabuhan Klang (Port Klang).

Pihak Lembaga Pelabuhan Kelang menyatakan masalah pengutipan deposit bagi kontena import di Pelabuhan Kang dan pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia telah diselesaikan.

Syarikat atau ejen perkapalan mengutip deposit daripada pengimport atau ejen penghantaran sebagai jaminan bayaran sekiranya kontena kosong lewat dipulangkan atau terdapat kerosakan yang berlaku ke atas kontena semasa dalam seliaan pengimport melalui ejen penghantaran.

Namun langkah dilihat membebankan pengimport atau ejen penghantaran (dari segi kewangan) di samping secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kos perniagaan

Para pengeksport dan ejen penghantaran telah bersetuju untuk menerima pakai tiga (3) skim yang dicadangkan untuk menggantikan amalan pengutipan deposit kontena.

Lembaga Pelabuhan Kelang akan mengeluarkan pekeliling prosedur operasi standard bagi menerangkan butiran skim-skim yang telah diterima pakai yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments