Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMaszlee Malik menang Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam, berterima kasih kepada penyokong

Maszlee Malik menang Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam, berterima kasih kepada penyokong

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menzahirkan rasa syukur di atas kemenangan bagi jawatan ketua bahagian pada pemilihan parti BERSATU semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama ketika susah mahupun senang juga turut menghargai para perwakilan yang telah memilihnya sebagai Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam.

“Alhamdulillah.
Dengan izin Allah, kemenangan telah berpihak kepada saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada banyak pihak yang membantu ketika senang mahupun susah. Rakan-rakan dari Parlimen yang mendokong, dan takkan sesekali dilupakan, rakan-rakan seperjuangan Parti BERSATU.

“Terima kasih kerana mengundi saya untuk menjadi Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam. Amanah dan tanggungjawab ini akan saya galas sebaik dan semampu yang mungkin,” tulisnya di laman Instagram.

Maszlee juga mengajak ahli parti menguatkan sekaligus menjadikan Johor sebagai kubu kuat parti BERSATU.

“Bersama kita merahkan Simpang Renggam, kuatkan parti dan sama-sama jadikan Johor sebagai kubu kuat BERSATU.

“Dari Simpang Renggam kita datang, kepada Simpang Renggam juga kita kembali berbakti, ujarnya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments