Salah seorang pelatih dari Yuehua Entertainment, Hwang Zhibo dikeluarkan dari agensi berkenaan selepas ditahan pihak polis atas tuduhan penipuan dalam talian.

“Memang benar Hwang Zhibo ditangkap atas dakwaan penipuan dalam talian.
“Kami akan mengambil bahagian dalam penyiasatan polis.
“Kami telah menamatkan kontrak pelatih Hwang dan kami ingin memohon maaf atas pengaruh buruk yang mungkin berlaku oleh insiden ini,” kata jurucakap Yuehua.
Zhibo, 22 tahun dilaporkan telah menipu ramai pelanggan atas cubaan menjual topeng muka perubatan (face mask).

Hwang dipercayai tidak memiliki stok topeng terbabit dan telah menipu wang daripada pembeli kira-kira sejumlah 47.4 juta won.

Polis Shanghai turut merampas telefon bimbit, komputer, kad kredit, dan barang-barang penting lain milik Hwang bagi siasatan lanjut.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply