Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPaparan skrin yang dikongsi Fad undang kesayuan

Paparan skrin yang dikongsi Fad undang kesayuan

Perkongsian paparan skrin di laman Instagram Fad Bocey pastinya mengundang rasa sayu dari warganet dan juga rakan artis yang turut sama terkesan dengan pemergian salah seorang ahli kumpulan mereka, Abam.

Berdasarkan paparan skrin dari aplikasi Whatsapp itu memaparkan ‘group’ BOCEY MLM, Abam, Achey dan Fad.

Paparan skrin berkenaan memaparkan mesej Achey bertanya mengenai projek Youtube mereka.

View this post on Instagram

Hanya tinggal 2😔😔 @acheykintangkintung

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Namun mungkin baru menyedari kekhilafannya bertanya sebegitu berhubung Abam telah tiada, Achey mulai meratapi pemergian Abam di dalam group berkenaan dan Fad cuba mententeramkan Achey.

Tambah Fad, dia juga sebenarnya tidak sanggup dan mengelak untuk membuka aplikasi group berkenaan dan meminta Achey untuk turut menjaga dan meneruskan legasi BOCEY bersamanya.

Semoga Fad dan Achey terus tabah di atas pemergian sahabat baik yang sering berkongsi suka duka, pahit manis bersama. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments