12 Mei 2018 merupakan detik permulaan YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12 setelah beliau menandatangani watikah perlantikan yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada istiadat angkat sumpah di Istana Iskandariah.


Memulakan tugasan pada 14 Mei 2018 dan melangkah secara rasmi ke Pejabat Menteri Besar Perak, di bangunan rasmi kerajaan negeri iaitu Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kini sudah setahun lapan bulan Dato’ Seri Ahmad Faizal bertanggungjawab mengemudi negeri Perak di landasan yang tepat dalam mencapai nilai kerja berintegriti.
Pernah mengulas lanjut soal integriti kerana bagi beliau ia adalah suatu peranan penting bagi pemimpin kerajaan dalam melaksanakan kerja dengan ikhlas dan telus.
Selaras dengan itu, kerajaan negeri Perak menempatkan semula Pegawai Integriti SPRM di Pejabat Menteri Besar seperti yang telah dipraktikkan Kerajaan Barisan Nasional.
Mengulas lanjut mengenai senario politik di Perak, sebelum ini hangat diperkatakan kemelut panas kerusi Menteri Besar bertebaran apabila ada spekulasi mengatakan sokongan 31 Adun yang sudah menandatangani akuan bersumpah untuk mengambil alih kerajaan negeri.
Beliau secara terangan menyeru agar kesemua Adun di kalangan kerajaan mahupun pembangkang agar menumpukan tugas seterusnya bersama-sama menggembleng tenaga dalam meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menyifatkan bahawa beliau adalah pemimpin kepada semua tanpa membezakan pilihan politik rakyat.Tanggungjawab perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan saksama.
Sebagai Menteri Besar kepada semua, beliau berperanan besar dalam menghulurkan kerjasama di antara Adun UMNO-BN dan PAS dalam memberi keutamaan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sikap kesaksamaan yang jelas tanpa mengira fahaman politik antara faktor beliau dihormati parti lawan.
Sinonim dengan pernyataan, banyak alasan untuk bermusuh tetapi masih jauh lebih banyak alasan untuk kita bersahabat.

Dengan ini amat mudah dalam melengkapkan misinya dan menggalas tuntutan tugasan hakiki yang terbaik untuk rakyat, bersama-sama rakan pembangkang dari parti UMNO-BN mahupun PAS.
Berpegang teguh kepada pengkritik yang keras dan tajam harus dihargai bukan dibenci kerana ia adalah penanda aras tingkat kebenaran.
Politik hanyalah sebahagian kecil dari kehidupan dan selebihnya ialah sumbangan dan perubahan yang mampu dilakukan ke atas satu keadaan dan masalah yang menjadi asas kepada penyakit sosial dan perlu di atasi dengan memperkasakan pendidikan, sifar kemiskinan dan ekonomi yang berdaya saing.
Ini memerlukan kerjasama dari semua pihak tanpa mengira kepentingan politik masing-masing.
Atas faktor itu, Dato’ Seri Ahmad Faizal bergerak satu langkah ke hadapan apabila terus menjalankan tugas tanpa menoleh ke belakang demi membawa harapan rakyat tanpa sedikit pun mengira perbezaan ideologi politik.
Tamat pilihanraya maka tamatlah perang politik. Jika perang diteruskan maka korban dan kerugian terbesar adalah orang-orang yang tidak bersalah dan tidak berdaya.
Maka itu, Dato’ Seri Ahmad Faizal percaya inilah masa yang seharusnya untuk meneruskan kerja tanpa memikirkan isu-isu yang tidak harus ditimbulkan.



Dibesarkan dalam kesederhanaan, beliau merupakan antara tulang belakang dalam keluarga yang memperolehi kebijakan hidup dari didikan agama yang menjadi benteng utama Melayu Islam.
Kini beliau berperanan besar menggalas tanggungjawab untuk berbakti kepada rakyat Perak seluruhnya secara adil dan saksama.


Dalam meminimumkan sebuah penyataan dan pandangan keras ramai tentang politik, beliau yakin bahawa tidak semua yang baik itu diperolehi dari kawan dan tidak semua yang buruk itu datangnya dari lawan.
Mengeluh, mengkritik dan membenci akan membuatkan keadaan semakin tertekan. Sedangkan bersyukur dan positif itu membawa kita kepada kemudahan hidup.

Melihat kepada situasi politik yang semakin hilang arah tuju, kepimpinan politik biarlah seiring dengan keperibadian sederhana Melayu.
Politik yang sebenarnya, mampu mengatur dan mengumpul semua kepentingan untuk mencapai kompromi yang tidak berlebihan dan kesepakatan dapat dihasilkan dalam mencapai kesejahteraan bersama.
Jika ini dapat dipraktikkan, rakyat tidak perlu lagi mencari-cari dalam kegelapan, jika kesederhanaan dan kemuliaan diutamakan, rakyat dapat melihat jalan walau di dalam ruang yang gelap.
Laporan oleh Suhaila Megat untuk The Malaya Post.
Ke arah kestabilan Malaysia.





Leave a Reply