Menjadi satu penghargaan besar buat saya Suhaila Megat selaku Pengarang dan team The Malaya Post apabila seorang gadis istimewa bergelar penari balet hijab pertama dunia, Stephanie Kurlow berkongsi berita yang kami sediakan.

Sudah menjadi objektif dan misi kami bagi menghebahkan berita dan laporan yang sahih dan benar “Without Fear or Favour”.
Dengan kesudian gadis cantik berketurunan Australia dan Rusia ini membaca artikel kami di portal berita The Malaya Post yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi, kami akan terus menghebahkan berita yang benar dan sahih.


Untuk rekod, nama Stephanie Kurlow menjadi viral apabila beliau tampil sebagai penari balet pertama yang mengenakan hijab di negara asalnya, Australia dan turut mencipta rekod dunia.
Gadis kelahiran Sydney yang kini berusia 18 tahun, percaya dengan berhijab tidak menjadi penghalang untuknya bergelar seorang penari balet profesional.

Saya mewakili keluarga The Malaya Post dengan besar hati mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda pembaca setia kami.
“Without Fear or Favour”, Suhaila Megat The Malaya Post.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply