Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIran umum penangkapan pertama berhubung kemalangan pesawat Ukraine International Airlines

Iran umum penangkapan pertama berhubung kemalangan pesawat Ukraine International Airlines

Badan kehakiman Iran telah mengumumkan penangkapan sejumlah suspek yang tidak ditentukan berhubung kemalangan pesawat penumpang komersial Ukraine International Airlines yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa di Tehran akibat terkena tembakan peluru berpandu Iran minggu lepas.

Pada ulasan yang dihebahkan oleh media negara berkenaan, jurucakap Gholamhossein Esmaili berkata pada hari Selasa bahawa “siasatan menyeluruh telah berlaku dan beberapa individu ditangkap”, katanya.

Dalam pada itu beliau tidak memberitahu butiran tambahan.

Terdahulu, Iran akhirnya mengakui menembak pesawat komersial Ukraine selepas didapati terbang berhampiran dengan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara itu.

Tentera Iran dalam satu kenyataan menerusi televisyen negara itu berkata, pesawat itu ditembak tanpa sengaja atas faktor kesilapan manusia.

Rabu lalu, pesawat Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Tehran yang mengorbankan seramai 176 orang penumpang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments